Rabu, 9 Mei 2012

Informasi

Tempat Permulaan   : Dewan Orang Ramai Batang Kali.
Flag off                    : 0830 pagi.
Jarak kayuhan          : 30 km.
                                 (30% on road, 70% off road)


Check point              :
  
    CP 1  : Permulaan/ Sticker
    CP 2  : Sticker/Medic/Water Station/Pisang
    CP 3  : Sticker/Medic/Water Station
    CP 4  : Tamat/Ranking Sticker/Water Station


* Setiap peserta yang berjaya menamatkan kayuhan dengan mengutip sekurang - kurangnya 2 sticker ia itu di 'CP1' dan 'CP2, layak untuk Grand Lucky Draw.
* Untuk peserta yang menamatkan keseluruhan track (full loop) anda layak untuk 'On Arrival Lucky Draw' dan 'Grand Lucky Draw'
* 'Cut Off Time' adalah pada jam 12 di CP3.
* Cabutan untuk 'Grand Lucky Draw' akan bemula pada jam 1.45 petang.  
* Setiap peserta diwajibkan memakai helmet. "No Helmet, No Ride"  dan kelengkapan yang difikirkan bersesuaian.
* Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kemalangan, kecederaan dan kehilangan sepenjang kayuhan ini. Walaubagaimanapun, pihak penganjur telah membuat persediaan dengan menyediakan pasukan keselamatan dan perubatan sepanjang kayuhan ini.

Goodies dan nombor plat boleh diambil pada:


   Tarikh   :  12 Mei 2012 (Sabtu)
   Tempat :   Dewan Orang Ramai Batang Kali.
                      ( 3°27'54"N 101°38'49"E ) 
   Jam      :  3.00 petang hingga 6.30 petang.
                   8.00 malam hingga 11.00 malam.

Ahad, 6 Mei 2012

Test Track pada 07 Mei 2012

Kami telah menguji trek dengan membawa semua lapisan pengayuh bermula dari umur 13 tahun hingga ke 60 tahun termasuklah pengayuh - pengayuh wanita. Rata - rata semua boleh mengayuh dan menamatkan trek tersebut. Diharapkan semua pengayuh dapat menikmati keseronokan yang sama 13 Mei ini.

Selasa, 10 April 2012

Belia Selangor Fun Ride 2012


Tarikh                      : 13 Mei 2012 (Ahad)
Tempat Permulaan  :  Padang Awam Batang Kali.  
                                                      (3°27'54"N 101°38'49"E )
Flag Off                   : 08.30 Pagi


Tarikh Tutup Pendaftaran : 09 Mei 2012.
Yuran penyertaan : RM 20 (plat + makan tengahari + sijil + simple goodies + peluang memenangi cabutan bertuah)




Bayaran boleh dibuat kepada : ROSMARIA BT MAZAWAM.
CIMB : 1243-0005400-20-1.


Sila faks @ emel borang dan slip bayaran kepada :
No faks : 03-60573311
Emel : bsfunride@gmail.com


Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Reme 012 283 5504
Ajis    012 697 4323
Wan   013 393 1149
Nizam 017 695 9754
Jack    019 503 4132

Pengenalan


Belia Selangor Fun Ride 2012 bakal berlangsung buat pertama kalinya di kawasan Batang Kali, Selangor Darul Ehsan bersempena dengan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Selangor dimana daerah Hulu Selangor telah dipilih sebagai tuan rumah.

Memandangkan sukan lasak seperti kayuhan basikal bukit (MTB) menjadi minat segenap lapisan masyarakat di Malaysia ketika ini, pihak penganjur telah berbesar hati menganjurkan Fun Ride ini tanpa memikirkan sebarang keuntungan kewangan dari program ini. Apa yang kami inginkan ialah budaya bersukan terus meresap di dalam sanubari para belia dan masyarakat disamping dapat memupuk gaya hidup  sihat dikalangan mereka.

Kali ini, para peminat MTB akan berpeluang untuk menelusuri perjalanan trek di sekitar Batang Kali sejauh 35km dimana ianya termasuklah lebih kurang 20% onroad dan 80% offroad. Para pengayuh akan melalui beberapa buah kampung disamping akan meredah dusun buah – buahan, kebun getah dan ladang kelapa sawit sepanjang perjalanan tersebut.

Kenyamanan udara dikawasan trek akan menyegarkan setiap pengayuh memandangkan kawasan ini terletak di kaki bukit Genting Highland. Para pengayuh juga akan dapat menikmati kehijauan alam, dan jika berkesempatan boleh juga menikmati kedinginan air di beberapa batang sungai dan kehangatan sebuah kolam air panas, Hulu Tamu yang termasuk di dalam laluan trek Belia Selangor MTB Fun Ride ini.