Selasa, 10 April 2012

Belia Selangor Fun Ride 2012


Tarikh                      : 13 Mei 2012 (Ahad)
Tempat Permulaan  :  Padang Awam Batang Kali.  
                                                      (3°27'54"N 101°38'49"E )
Flag Off                   : 08.30 Pagi


Tarikh Tutup Pendaftaran : 09 Mei 2012.
Yuran penyertaan : RM 20 (plat + makan tengahari + sijil + simple goodies + peluang memenangi cabutan bertuah)




Bayaran boleh dibuat kepada : ROSMARIA BT MAZAWAM.
CIMB : 1243-0005400-20-1.


Sila faks @ emel borang dan slip bayaran kepada :
No faks : 03-60573311
Emel : bsfunride@gmail.com


Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Reme 012 283 5504
Ajis    012 697 4323
Wan   013 393 1149
Nizam 017 695 9754
Jack    019 503 4132

Pengenalan


Belia Selangor Fun Ride 2012 bakal berlangsung buat pertama kalinya di kawasan Batang Kali, Selangor Darul Ehsan bersempena dengan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Selangor dimana daerah Hulu Selangor telah dipilih sebagai tuan rumah.

Memandangkan sukan lasak seperti kayuhan basikal bukit (MTB) menjadi minat segenap lapisan masyarakat di Malaysia ketika ini, pihak penganjur telah berbesar hati menganjurkan Fun Ride ini tanpa memikirkan sebarang keuntungan kewangan dari program ini. Apa yang kami inginkan ialah budaya bersukan terus meresap di dalam sanubari para belia dan masyarakat disamping dapat memupuk gaya hidup  sihat dikalangan mereka.

Kali ini, para peminat MTB akan berpeluang untuk menelusuri perjalanan trek di sekitar Batang Kali sejauh 35km dimana ianya termasuklah lebih kurang 20% onroad dan 80% offroad. Para pengayuh akan melalui beberapa buah kampung disamping akan meredah dusun buah – buahan, kebun getah dan ladang kelapa sawit sepanjang perjalanan tersebut.

Kenyamanan udara dikawasan trek akan menyegarkan setiap pengayuh memandangkan kawasan ini terletak di kaki bukit Genting Highland. Para pengayuh juga akan dapat menikmati kehijauan alam, dan jika berkesempatan boleh juga menikmati kedinginan air di beberapa batang sungai dan kehangatan sebuah kolam air panas, Hulu Tamu yang termasuk di dalam laluan trek Belia Selangor MTB Fun Ride ini.